Kursus ini membolehkan pelajar mempunyai pengetahuan dan kefahaman berkenaan konsep statistik dan analisis data. Selain itu, kursus ini memberi kemahiran kepada pelajar cara menganalisis data, cara membaca output dan melaporkan keputusan analisis melalui program IBM SPSS Statistics.

Pengendalian kursus ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
1. Pengenalan konsep statistik dan analisis data. 
2. Pengenalan dan penggunaan program IBM SPSS Statistics. 
3. Analisis data statistik deskriptif dan inferensi (ujian-t, ANOVA sehala sampel bebas dan ujian pos hoc, ANOVA satu hala ukuran berulangan, ANOVA dua hala sampel bebas, korelasi Pearson, regresi dan teknik analisis statistik nonparametrik) melalui programn IBM SPSS Statistics.