Kursus ini membincangkan tentang usaha untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia melalui integrasi kebangsaan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah kesepaduan dalam kepelbagaian, teori dan konsep hubungan etnik dan sejarah perkembangan masyarakat Malaysia. Hubungan etnik dalam konteks perlembagaan, politik, ekonomi, pendidikan dan agama juga menjadi tumpuan perbincangan. Selain itu, cabaran dan langkah ke arah memupuk hubungan etnik turut diberikan perhatian, di samping meneliti amalan harian yang telah berjaya untuk mewujudkan kesepaduan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia.