Kursus ini memperkenalkan kepada pelajar beberapa aspek utama yang terlibat dalam proses lisan. Pelajar akan dilatih untuk membina ketrampilan berkomunikasi dalam pelbagai konteks seperti proses komunikasi ucapan, kemahiran bahasa dan etika dalam komunikasi. Tambahan kepada perkara-perkara itu, pelajar juga akan didedahkan kepada konteks budaya yang menjadi latar proses interaksi dan komunikasi, lakuan tutur serta makna intrinsik budaya yang terkandung dalam pelbagai proses interaksi.