Sinopsis kursus:

Kursus ini membincangkan tentang pluraliti etnik dan budaya Borneo yang mengkhusus kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Antara perkara yang dibincangkan adalah teori dan faktor-faktor yang mempengaruhi kewujudan pelbagai etnik di Borneo seperti proses semulajadi, dasar pemerintahan atau politik, dasar penjajahan dan migrasi. Turut difokuskan adalah perbincangan terhadap keunikan pelbagai budaya dan amalan adat resam yang membentuk identiti setiap etnik. Selain itu, perbincangan akan memberi perhatian terhadap isu, reaksi dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Borneo dalam usaha mengekalkan jatidiri dan budaya bangsa masing-masing. Turut disoroti adalah peranan dan sumbangan kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat Borneo dalam kejayaan mewujudkan keharmonian dan kemajuan pembangunan negara Malaysia.