Sinopsis kursus:

Kursus ini membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan perubahan sosial yang berlaku ke atas masyarakat di Malaysia. Perbincangan akan difokuskan terhadap cabang daripada aspek sosial yang menjadi faktor utama menyebabkan perubahan sosial seperti modenisasi, migrasi, pembanguan infrastruktur, adat dan perundangan, perkembangan pendidikan serta gerakan agama. Di samping itu, perbincangan kursus ini juga mencakupi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Selain itu, perbincangan dilanjutkan lagi dengan melihat isu-isu semasa yang memberi cabaran terhadap usaha mempertahankan jati diri sebagai sebuah masyarakat yang pelbagai budaya dan bertamadun.