Sejak perlaksanaan projek sekolah bestari di 90 buah sekolah menengah pada tahun 1999 dan
perlaksanaan projek SchoolNet di semua sekolah pada tahun 2004 serta pengumuman
pembestarian semua sekolah menengah lain pada tahun 2005, pengajaran pembelajaran (P &
P) berbantukan komputer telah menjadi salah satu kaedah pengajaran penting di sekolah.
Kursus ini menyediakan pelajar untuk kaedah P & P berasaskan ICT di sekolah.